Berikut ini
adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:
1.
Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang
agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha
Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di
akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha
Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan
kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha
Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha
Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh
makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha
Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan
makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan
benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7.
Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta
Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha
Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9.
Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan
Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta
memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10.
Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang
melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan
kemegahanNya.
11.
Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh
makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12.
Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan,
iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13.
Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran
atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah
mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya
itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala
Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan
keperluannya).
14.
Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi
dosa-dosa dan kesalahan.
15.
Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta
memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16.
Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak
kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17.
Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai
rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18.
Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka
gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19.
Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud
dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20.
Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha
Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa
yang dikehendaki olehNya.
21.
Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha
Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang
diinginkan olehNya.
22.
AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan /
Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan
akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23.
Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap
orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu
termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha
Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada
orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan
dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha
Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam
seluruhnya.
26.
As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27.
Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha
Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan /
memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak
seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha
Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30.
Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut
serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan
kecil-kecil.
31.
Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32.
Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu
yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan
siksaan.
33.
Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu
keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34.
Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada
hamba-hambaNya.
35.
Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang
banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha
Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang
setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun
dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37.
Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh
pancaindera ataupun akal manusia.
38.
Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara,
iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga
segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit
pun untuk memberikan balasanNya.
39.
Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan ,
baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40.
Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung,
iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari
Qiamat.
41.
Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran
kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42.
Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa
pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43.
Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu
yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44.
Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa
saja yang berdoa padaNya.
45.
Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya
merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46.
Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang
tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47.
Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang
menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada
mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48.
Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam
hal kemuliaan dan keutamaan.
49.
Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan
kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari
kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50.
Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua
makhluk.
51.
Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah
sedikit pun.
52.
Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara
penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang
menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha
Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang
sesempurnanya.
54.
Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna
Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha
Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya
kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak
terbatas pada keperluan mereka.
56.
Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah
selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57.
Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang
tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan
sebagaimana wajarnya.
58.
Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal,
iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59.
Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan
Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60.
Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada
setiap sesuatu yang berhak hidup.
61.
Al-Mumiit: ( المميت ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari
apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha
Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63.
Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik
ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia.
DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64.
Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan
apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun
kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65.
Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah
tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no.
65 A1-Maajid).
66.
Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha
Tunggal.
68.
Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi
Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat
keperluan.
69.
Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70.
Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71.
Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan
sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam
kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72.
Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha
Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang
lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha
Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.
74.
Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus
setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75.
Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu
menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda
ciptaanNya
76.
Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya,
sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77.
Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha
Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi
milikNya.
78.
Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari
segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha
Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat
kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80.
At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan
pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu
Allah akan menerimanya.
81.
Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka
yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha
Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali
untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha
Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul
Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan
/ Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam
semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya
sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85.
Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik Keagungan dan
Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang
mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat
banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha
Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang
teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87.
Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan
berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat
manusia pada hari pembalasan.
88.
Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang
selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89.
Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan
Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah
kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90.
Al-Maani’: ( المانع ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu
membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan
kerosakan.
91.
Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya
/ Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada
musuh-musuhNya
92.
An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan
yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha
Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan
menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha
Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang
benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95.
Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang
baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya
ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha
Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97.
Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris,
iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.
98.
Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha
Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan
panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut
ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99.
Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan
seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar